Bedak talkum Johnson & Johnson penyebab kanser

by - Saturday, February 27, 2016

Terpanggil untuk memberi sedikit ulasan tentang isu bedak talkum dan ovari kanser yang agak hangat ekoran arahan pihak mahkamah di St.Louis supaya syarikat J&J membayar saman 72 juta atas dakwaan penyebab  kematian dan kanser ovari kepada pesakit.

Actually isu bedak talkum dan kanser ni bukan isu baharu. Bahkan sudah lama diperdebatkan cuma definite conclusion masih gagal dicapai sebab tiada strong supportive evidence. Kakna rujuk juga rakan2 farmasi yang lebih arif dan jawapan mereka agak standard iaitu tiada bukti kukuh tapi rata-rata percaya penggunaannya tidak digalakkan lebih-lebih lagi kepada bayi.

Bedak talkum lazimnya mengandungi elemen seperti magnesium, silikon dan oksigen. Bahan-bahan ini adalah asas yang terkandung di dalam kebanyakkan produk kosmetik. Tujuannya, untuk menyerap lembapan, elak bedak dari bergumpal serta memberi tekstur lembut dan halus. Sesetengah talkum mengandungi bahan berbahaya seperti asbestos , yang mana ia merupakan antara agen kanser yang aktif. Di Amerika, asbestos tidak lagi dibenarkan tapi kakna x sure di Malaysia samada produk dari Indonesia/Thailand yang di bawa masuk ke negara ini bebas asbestos atau tidak. Sebab tu jangan sembarangan nak tepek bedak kat muka. Kene cautious dan baca label.

Menurut American Cancer Society  ada potential link between bedak talkum dan kanser ovari lebih-lebih lagi jika dipakai / disapu di sekitar kawasan sulit. Tetapi, kajian lanjut masih diperlukan untuk pembuktian yang lebih kukuh.

Hal ni membuatkan kakna teringat , kalau dulu-dulu before nak pakaikan pampers pada baby, mesti kita tabur bedak sket kat tempat tu kan, nak bagi wangi and kering kononnya. Rupanya cara pengurusan bayi begini tak selamat dan membahayakan. Kakna pernah attend antenatal class di DEMC Hospital , doktor pakar kanak-kanak ada remind supaya jangan sapu bedak talkum pada muka / badan bayi selepas mandi kerana debu bedak membahayakan peparu bila bayi bernafas. Mandikan bayi dengan air mandian biasa dan bebas / minimumkan exposure to chemical seperti lotion , busa mandian atau bedak. Sekiranya perlu sahaja apply lotion atas arahan doktor kalau ada skin rashes / eczema atau skin problems yang lain.

Pandangan daripada " The International agency for research on cancer" yang juga salah satu badan di bawah WHO, juga mengklasifikasikan bedak talkum sebagai " berkemungkinan bersifat karsinogen terhadap manusia".

Seorang kawan kakna berbangsa cina pernah bergurau katanya " di zaman nenek moyang kita dulu , penyakit kanser ni, untuk seseorang menghidapinya ibarat macam nak menang tiket loteri hadiah grand prize.. very rare and only if u are damn lucky, you will get it " sekarang , tagline nye mungkin perlu ditukar seperti yang terpampang di pesawat merah putih milik Dato Tony Fernandez.. " Now, everyone can get a cancer"

Semoga Allah memberi perlindungan dan penyembuhan buat kita. Yang terbaik cegah lah semampu yang boleh.


You May Also Like

0 comments