Tips Memilih Bengkung Yang Sesuai

by - Thursday, September 07, 2017

Tips Memilih Bengkung Yang Sesuai

Berbengkung sangat sinonim dengan ibu berpantang. Antara tujuan utama memakai bengkung ialah untuk :
  • Menyokong postur tubuh badan 
  • Membantu penyembuhan otot di bahagian abdomen selepas bersalin melalui konsep "compression"
  • Mengurangkan rasa sakit atau senak jika batuk dan bersin
  • Ibu lebih selesa bergerak
  • Membantu mendapatkan bentuk badan kembali ramping
Ubat barut yang disapu pada perut pula bertujuan mengecutkan rahim, mengelakkan kembung perut atau istilah orang dulu " masuk angin"
Bagaimana Memilih Bengkung Yang Baik

Bengkung Untuk Bersalin Normal

  • Pilih yang labuh hingga ke separuh peha dan menutup punggung
  • Pilih jenis kain yang tidak terlalu tebal
  • Boleh pilih jenis bertali 4. Ada bukaan atas dan bawah untuk memudahkan ke tandas
  • Jenama yang disyorkan : Bengkung Super , Nona roguy , Srisari herbs , Tanamera , Amway

Bengkung Untuk Bersalin Pembedahan

  • Tidak terlalu sendat dan ketat
  • Tidak digalakkan beli online. Pergi ke framasi atau matenity shop untuk mencuba dahulu baru beli.
  • Sukar dapat saiz bagi ibu yang bertubuh besar untuk mengunakan girdle. Alternatifnya gunakan bengkung lilit. ( Lilit sahaja sekitar perut tidak perlu ikat seperti bengkung jawa )
Untuk Info Tentang Ibu & Anak Jangan Lupa Like FB Pudina

You May Also Like

0 comments