Car boot sales di tesco extra shah alam

by - Tuesday, August 04, 2015

salam,

Minggu lepas berkesempatan untuk join rutin baharu sebagai car booter. Cari pengalaman and nak test market selaku penjual. Boleh ke dok wat keje -keje sales ni. So ini sedikit ringkasan dan ulasan yang kakna boleh share sepanjang 2 hari ber'car boot' di sana.

Lokasi car booth : Tesco extra shah alam
Timing : 4 pm - 11 pm ( Sabtu & ahad) , 6 pm - 11 pm ( jumaat)
Crowd : Lebih aktif pada waktu malam sekitar jam 8pm ke atas. 

Dari segi sambutan untuk jenis barangan kakna tengok yang jual makanan agak lebih mudah dihinggapi customer.Bagi rasa tester.. sedap! confirm beli!.  Macam kakna jual barangan preloved so mungkin lebih sesuai join car boot yang hanya benarkan barangan terpakai sahaja. Atleast pembeli dah expect barangan kita. Ada ramai penjual baju dan tudung , some get cool attention some remained unnoticed. Unnoticed bukan bermakna xde customer jenguk booth mereka mungkin bukan rezeki untuk pecah telur aka getting sale. Yang jual pinggan mangkuk correle pun hadoo tau. Peniaga pula diatur mengikut 3 lorong. Pada pemerhatian kakna lorong yang berdekatan dengan pintu masuk dan keluar tesco seems to be more invited than the middle lane. So nak dapat yang 1st lane datanglah awal untuk berniaga atau datang lewat sedikit untuk cop lane yang lebih dekat dengan entrance. 
(Tesco extra ade 2 entrance kiri dan kanan). 

Anyhow sale tidak lah begitu memberangsangkan tapi itu bukan soalnya, for my booth. Booth orang lain mungkin lebih menguntungkan sebab jumlah pengunjung not that bad cuma mereka lalu lalang jer la nak masuk beli barang di tesco. Bagi mereka yang nak memperkenal kan barang jualan atau servis mungkin satu platform yang agak baik juga. 

Next planning macam nak join cbs di keramat. Ini atas rekomendasi geng2 car boot yang sempat bersuai kenal. Dapat juga kawan baru walau sale tak selebat mana. 

ok till next update.. 
p/s ; kali ni x nak update pasal produk..
        


You May Also Like

0 comments