Herba belakang rumah untuk rawatan berpantang
Salam semua. Hari ini kakna berehat sebentar daripada kerja harian. Sempat juga lah meluangkan sedikit masa berjalan-jalan di halaman sekitar perumahan. Tambahan pula cuaca sangat baik, cerah dan tidak berjerebu. Sambil-sambil tu, capai DSLR di tangan untuk mengambil beberapa shot menarik tumbuhan herba yang biasa dijadikan bahan dalam rawatan ibu berpantang.
Terdapat beberapa jenis tumbuhan yang mudah sebenarnya didapati di sekitar laman rumah yang mempunyai khasiat untuk ibu selepas bersalin.
Terdapat beberapa jenis tumbuhan yang mudah sebenarnya didapati di sekitar laman rumah yang mempunyai khasiat untuk ibu selepas bersalin.
Daun kunyit untuk lapik bertungku atau berdiang. Juga digunakan dalam mandian ibu berpantang |
Daun pandan bersifat sejuk. Digunakan ketika rawatan bertangas atau mandian ketika penutup pantang |
Daun mengkudu ialah daun serba guna untuk rawatan pantang. |
Daun lengkuas juga boleh dipelbagai guna untuk rawatan bertungku, berdiang mahupun untuk mandian herba |
Daun inai sesuai digunakan dalam mandian ibu dan bayi. |
Antara herba lain yang sebenarnya mudah didapati di pasaraya dan pasar yang boleh digunakan sebagai mandian serom. Contohnya:
- Halia
- Lengkuas
- Halba (dibunjutkan dan direbus dalam air mandian. Ketika mandi bunjut halba dijadijan tuaman payudara untuk elak bengkak susu)
- Daun limau purut
- Serai wangi (Jika tiada serai biasa)
Disamping menggunakan herba segar ibu juga boleh menjerang uncang mandian herba dari Srisari herbs untuk mendapatkan pati herba yang lebih pekat. Satu uncang boleh digunakan 2 kali.
Uncang mandian herba srisari herbs |
Juga boleh titiskan beberapa titis (3/5/7/9) pati daun bidara bagi memberi kesegaran bauan. Dikatakan juga pati bidara dapat menghindar gangguan sihir dan makhlus halus.
Mandian daun bidara srisari herbs |
Bagi ibu yang ingin berpantang sendirian boleh lah gunakan tips diatas untuk rawatan mandian ibu2. Memang terasa kelainan dan badan akan lebih bertenaga dan ringan. Itulah khasiat herba tempatan kita.
Sampai jumpa lagi.
0 comments