Bagaimana memulihkan tenaga ibu selepas bersalin dengan diet berkhasiat
Salam semua,
Antara isu yang selalu di gomelkan Ibu berpantang ialah rasa letih, kurang tenaga, penat, lesu , lenguh badan , pendek kata kurang bermaya.
Antara sebab mengapa ibu berasa demikian adalah kerana faktor kelahiran itu sendiri menggunakan banyak tenaga ketika meneran di bilik bersalin. Kadang kala Ibu terpaksa menahan sakit selama beberapa jam bahkan hari untuk menunggu saat kelahiran. Adalah normal untuk Ibu berasa letih dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.
Faktor waktu tidur yang terganggu kerana menjaga bayi kecil anda mahupun tekanan perasaan kerana terpaksa menguruskan segalanya tanpa bantuan orang sekeliling di saat anda lemah. Untuk sebab ini, ibu perlu berbincang dengan suami/ penjaga lebih awal sebelum melahirkan bayi tentang tugasan rumah yang perlu diuruskan.
Antara sebab lain pula ialah, darah yang mengalir keluar ketika melahirkan bayi dan darah nifas menyebabkan nutrisi ibu juga berkurangan. Zat besi didalam sel darah merah berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh sel badan. Tanpa zat besi yang cukup, menyebabkan tahap oksigen berkurang & mana mungkin sel badan dapat menjalankan fungsi asasnya dengan cemerlang.
Proses penyusuan badan juga memerlukan Ibu berkongsi nutrisi dengan bayi. Sebahagian simpanan zat Ibu disalurkan kepada bayi. Jadi sekiranya Ibu mengambil enteng soal pemakanannya , kelesuan dan rasa letih ini akan berlarutan.
Dari segi pemakanan dan diet , antara nutrient yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut. Berikut adalah senarai nutrisi yang akan dipantau ketika postnatal home care visit:
1. Zat besi @ iron
2. Kalsium
3. DHA @ Omega-3
4. Serat @ fiber
5. Pengambilan air yang cukup
6. Pengambilan supplement
7. Pemantauan khusus jika Ibu mempunyai darah tinggi, kencing manis atau masalah jantung.
Mudah untuk saya rumuskan di sini , antara menu hidangan yang harus ada dalam diet harian ibu ialah:
- Susu - Produk tenusu merupakan sumber utama kalsium. Susu juga menyumbang kepada diet protin untuk membantu penyembuhan luka dan menjana sel baharu.
- Sup tulang - Reneh sup tulang ( tulang sumsum, kaki, kepala, leher, ekor atau lain lain bahagian samada lembu, kambing , ayam kampung) sehingga 8-10 jam lamanya. Ibu boleh mereneh untuk simpanan stok sebulan dengan menyejuk bekukan sup. Dengan mereneh tulang terutamanya bahagian sumsum tulang dalam jangka waktu yang lama, khasiat tulang yang kaya dengan kolagen, mineral, protin akan melarut ke dalam sup. Hirup sup semangkuk sehari dan ibu akan kembali rasa bertenaga. Ibu boleh google 1001 kebaikan "bone broth" yang menjadi antara menu super sihat di negara barat.
- Chia seed antara makanan yang kaya dengan Omega-3, serat, protin, mineral, vitamin dan antioxidant. Ibu boleh memasak puding atau oats dan masukkan sesudu dua chia seed di dalamnya. Pengambilan Omega-3 / DHA dikatakan dapat membantu mengelakkan depressi @ meroyan.
- Pengambilan air/cecair ( termasuk susu, sup, air suam) 2-3 liter sehari sangat penting kerana jika dehidrasi berlaku ibu akan mudah keletihan dan susu juga berkurang. Jarakkan pengambilan air agar ibu tidak berasa kembung.
- Ulam-ulaman kampung yang segar dan sesuai di ambil ketika berpantang.
- Buah-buahan kering dan kekacang seperti kismis, buah tin, kurma , prunes kerana kaya dengan potassium untuk mengelakkan kejang otot di samping mengelak sembelit kerana kandungan serat tinggi.
- Prenatal atau postnatal supplement boleh direkomendasi sekiranya didapati ibu mengalami kurang nutrisi.
Sekian dulu untuk perkongsian entry kali ini. Diharap dapat memberi sedikit sebanyak tips buat ibu untuk kembali bertenaga. Ibu yang sihat tunggak kepada keluarga yang ceria.
0 comments