Durian dan kehamilan
Durian dan kehamilan |
Durian sekarang dah tak bermusim. Sepanjang tahun ada memanjang. Time bulan puasa ni ramai betul yang mengidam raja buah. Tak kurang juga yang promo habis - habisan di group facebook. Buka puasa menu durian. Macam tak kene dek tekak jer rasanye. Anyway, selera masing-masing.
Bila review di fanpage facebook group ibu hamil / kelab ibu-ibu mengandung ramai yang ajukan soalan ni. Haa.. topik ni yang kita nak kopek details sket. Lepas tu nak kopek durian, terpulang.
Ibu mengandung boleh ke makan durian??? . Mengidam ni..
So boleh ke tak boleh?
From my Dietetic point of view, semua buah ada khasiatnya. Durian misalnya kaya dengan mineral, vitamin dan serat. Durian juga tinggi dengan potassium. Yellow color foods are mostly rich in potassium. However, cuba zoom tengok pada nilai kalori dan karbohidrat yang tercatat pada table di bawah. Nilai tu agak tinggi berbanding buah-buahan yang lain.
Nutritional composition of one small durian (602g) | Dietitian’s Comments | |
Calories | 885 | |
Total fat | 32.1g (mostly monounsaturated fats) | ● That’s nearly 50% of the daily nutritional requirement. |
Cholesterol | NIL | |
Sodium | 13mg | Low sodium |
Total carbohydrates | 163.1g | ● That’s over 50% of the daily nutritional requirement. |
Dietary fibre | 22.9g | ● Good. That’s 92% of the daily nutritional requirement. |
Protein | 8.8g |
Percentage of daily nutritional requirements | ||
Vitamin C | 198% | |
Iron | 14% | |
Vitamin A | 5% | |
Calcium | 4% |
Disebabkan kalori dan karbohidrat yang tinggi inilah ibu hamil disarankan tidak terlalu gelojoh dan mengikut hawa nafsu semasa menjamah durian (manelah tau kot mengidam sesangat, sampai selori dibalun). Dikhuatiri akan memberi kesan kenaikan gula darah secara mendadak tambahan pula durian dikategorikan sebagai High Glycemix Index fruits. Regular intake of high GI food in late pregnancy , increase chances of mother giving birth to big size baby and later childhood obesity.
Dari sudut pandangan perawatan bidan traditional melayu pula, durian tidak begitu digalakkan untuk menjamahnya ketika hamil. Dek kerana sifatnya yang agak panas dan boleh menimbulkan ketidakselesaan pada sistem penghadaman selepas makan kerana dikatakan agak berangin dan boleh sebabkan kembung perut. Ada betulnye juga pandangan mak bidan dulu-dulu.
Kesimpulannya, moderation is the key. Seulas dua sekali makan mungkin tak menjadi hal. Tapi strictly NO yer untuk ibu yang memang ade kencing manis, GDM atau ibu yang memang ada masalah hangennn satu badan. Jangan cari penyakit la mummy-mummy melambak lagi buah-buah lain. Hopefully artikel ni dapat membantu ibu-ibu hamil untuk membuat pilihan menu terbaik sepanjang 9 bulan kehamilan anda.
Ok till then, Kalau rasa post ni bermanfaat sila viral kan di page2 yang berkaitan. Jangan lupa like page kami!
0 comments