Keperluan Bertungku kepada Ibu Berpantang
Bertungku dan bertuam ketika berpantang
Orang melayu lama kalau dicungkil khazanah ilmu
mereka memang banyak dan menarik. Kali ini, kakna story morry sket tentang
rawatan bertungku & bertuam. Sebut tungku / tuam mesti ingat ibu berpantang
. Sebenarnya, tak pantang pun boleh buat malah digalakkan. Anak dara boleh buat
? Boleh xde hal cuma ketika masa nya berbeza.
- Mak dara – bertuam selepas habis darah period
- Anak dara – bertuam sebelum waktu period
- Ibu berpantang – 2 minggu pertama pantang bertuam & 2 minggu seterusnya bertungku
Tujuan dan khasiat bertungku ini
antaranya ialah:
Untuk ibu selepas bersalin bertungku membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah
bantal /nifas supaya tiada yang tertinggal dan berbaki. Bahaya tau ade leftover
dalam rahim. Juga untuk singkirkan angin dalam badan dan melembutkan urat2
sebagai persediaan untuk berurut. Sebab kalau tiba-tiba berurut mahu jadi demam
urat / bentan urat.
Untuk mak dara dan anak dara pastinya untuk buang
angin, meredakan ‘period pain’ dan mengaktifkan aliran darah dalam badan.
Bertungku dan bertuam actually dua benda berbeza
tau. Baru tahu setelah pergi kelas pengurusan ibu berpantang dengan cik Mazidah
ghazali. Hurm, so bila masenye nak bertungku dan bila pula masanya untuk
bertuam?
Tuaman akan dilakukan pada 2 minggu pertama ibu berpantang. Ketika ini, rahim ibu tidak boleh diganggu
kasar so just tuam-tuam manja sahaja untuk lembutkan urat saraf. Alatannya
menggunakan batu sungai atau batu bukit. Kakna sendiri menggunakan batu sungai
yang dipanaskan dan kemudian dibalut dengan dedaun samada daun mengkudu atau daun sireh. Boleh juga sertakan rempah ratus seperti halia ditumbuk, halba dan jintan hitam.
Tungku pula dilakukan selepas 2
minggu berpantang. Bertungku ini kaedah
dia agak firm sedikit berbanding tuaman whereby ade kene cungkil2 sket di
bahagian peranakan bertujuan menaikkan rahim.
Area yang perlu diberi perhatian ketika bertuam
adalah sekitar ari-ari, pangkal paha , celahan paha, lutut, betis dan tapak
kaki.
Selepas sebulan , keberkesanan rawatan bertungku
ni dapat dirasai apabila batu tungku seakan terbenam di tempat yang ditungku
contoh di ulu hati, perut, ari-ari dan peranakan. Afdal nya buat selama sebulan
berpantang tu setiap hari. Ibu berpantang akan rasa badan lebih kemas , selesa
dan kurang sengal2 ataupun rengat berlaku.
Yang penting bertungku ni membantu mengecutkan
peranakan dan menggalakkan darah nifas/
darah bantal/ darah bayam keluar habis dari rahim dan tak nak sesisa pun
tertinggal. Barulah mummy sihat cargassss!! Tak boleh malas kalau nak kesihatan tiptop!
Ok sampai sini dulu coretannya. Jangan lupa share untuk manfaat bersama especially nak bagi kesedaran buat ibu ibu muda di luar sana untuk tidak mengabaikan keperluan berpantang secara betul.
0 comments