Jom ibu mari jayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif

by - Sunday, December 20, 2015

Makanan terbaik bagi bayi ialah yang dihasilkan oleh ibunya sendiri iaitu susu ibu. Ibu muda terutamanya pasti akan menghadapi kalau tidak banyak, sedikit permasalahan ketika mula-mula ingin menyusukan bayi anda. Susu tak cukup, sakit dan melecet pada puting (aerola), bengkak susu dan pelbagai lagi.

Proses penyususan bayi adalah natural. Pernahkah ibu terfikir akan keajaiban dan how merciful Allah SWT menciptakan bayi yang baru lahir tanpa mengerti apa-apa tapi boleh tahu dan kenal ; jika disuakan puting susu, itulah makanan saya, lalu menghisapnya.

Allah memberikan hidayah kepada bayi kita untuk kenal dan menghisap puting susu ibu tanpa perlu ditunjuk ajar. Di dalam kelas penyususan sekalipun, ibu diajar teknik pegangan yang betul dan kedudukan bayi yang memudahkan penyususan tetapi tiada yang mengajar si bayi. The baby naturally know how by the mercy of Allah SWT. How beautiful it is...isnt it?

Menjayakan penyusuan secara ekslusif untuk 6 bulan bukan sesuatu yang mustahil tetapi mungkin agak sukar bagi ibu yang perlu mula berkerja. Di sini lah peranan ilmu diperlukan. Walaupun proses menyusu adalah semulajadi, namun ia kadang kala memerlukan bimbingan dan perkongsian pengetahuan. 

Tahukah ibu susu badan boleh disimpan setelah diperah? Berapa lama? Bagaimana proses menyimpan? Bagaimana untuk mencairkan susu yang telah dibekukan? Kesemua persoalan ini perlu dijawab oleh perunding laktasi bertauliah agar ibu mendapat pencerahan yang sahih.

Insyallah untuk entri berikutnya Kakna akan menemurah seorang perunding laktasi bertauliah untuk memberi penerangan bagaimana untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif. Nantikan...



Kebaikan susu ibu



You May Also Like

0 comments