Pakej penutup pantang
Salam semua, semoga para ibu yang membaca berada dalam keadaan sihat walafiat. Kepada yang sudah selamat melahirkan, selamat berpantang diucapkan. Jadikan tempoh bercuti pantang ini satu pengalaman manis dan harmoni dalam menerjah fasa kehidupan sebagai ibu dan bapa.
Dapatkan rehat yang secukupnya, pastikan juga perawatan ringkas cara kampung seperti berurut, tungku dan tangas dilakukan sekurang-kurang 3 hari. Jamahlah makanan yang segar dan berkhasiat sebagai contoh ikan bakar, ulam-ulaman kampung, madu, telur ayam kampung, sup tulang, kurma dan lain-lain.
Hadkan pergerakan yang kasar dan terlalu aktif sekurang-kurang untuk 40 hari. Ibu boleh mula bersenam setelah tamat tempoh pantang untuk melancarkan peredaran darah. Hakikatnya, ketika fasa berpantang : teknik urutan, tungku , tangas dan lulur juga sebenarnya menggalakkan kelancaran alirah darah dan sistem limfatik, tanpa perlu si ibu melakukan aktiviti lasak dan kecergasan. Nampak tak kebijaksanaan orang dahulu kala ketika menetapkan aturan berpantang ; Ibu digalakkan mendapat rehat yang cukup dan segala pergerakan dilakukan secara perlahan, namun rawatan cara kampung tidak pernah sekali ditinggalkan malah digalakkan.
Selesai 40 hari berlalu, ibu sekali lagi digalakkan menjalani suatu ritual / amalan yang dinamakan penutup pantang. Penutup pantang secara amnya bertujuan untuk mengembalikan seri wajah serta aura positif ibu dan mengharumkan anggota tubuh. Sepanjang tempoh pantang , tubuh ibu di rawat dengan herba dan rempah ratus , manakala rawatan penutup pula lebih kepada penggunaan wangian bunga dan dedaun yang harum seperti daun pandan, daun pudina, bunga melur, bunga rose, air mawar, limau purut dan lain-lain.
Mereka yang digalakkan menjalani rawatan penutup pantang:
- Ibu yang selesai tempoh berpantang iaitu selepas 40 hari. Lebih ideal jka dilakukan pada salah satu hari berikut 41/42/43/44.
- Ibu yang berpantang di kampung dan hanya menjalani rawatan asas seperti urut atau tungku sahaja.
- Ibu yang ingin meneruskan amalan berpantang setelah kembali ke rumah sendiri di bandar.
Jom cuci mata antara bahan-bahan yang digunakan untuk pakej penutup pantang.
Rawatan penutup pantang |
Rawatan penutup pantang |
Rawatan penutup pantang |
0 comments