Pusat penjagaan berpantang di Korea

by - Friday, January 27, 2017


Menarik kupasan dari rancangan tv Korea tentang postpartum care centre. Di Malaysia juga agak popular konsep berpantang seperti ini terutamanya di kalangan ibu-ibu berbangsa cina. Di sekitar KL sahaja pusat penjagaan berpantang ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. 

Masyarakat melayu mungkin lebih gemarkan pendekatan cara lama di mana bidan atau tukang urut akan datang ke rumah untuk merawat ibu dalam pantang. Tapi yang mana mampu nak bayar boleh jer bermalam di postpartum care centre. Mana tau satu hari nanti Pudina Confinement boleh buka pusat jagaan untuk ibu berpantang pula kan. Doakan kami.

Amalan berpantang ini sememangnya telah diwarisi sejak berkurun zaman di serata dunia. Bukan orang melayu sahaja berpantang ya. Cuma amalan ini lebih popular di kalangan masyarakat di sekitar Asia dan Amerika Latin. Sebab tu minah saleh kat dalam video di atas macam teruja sangat melawat postpartum care centre ni sebab di negara mereka agak rare dan jika ada terhad kepada pelanggan premium. Mahal bak hang!

Hakikatnya orang melayu kita juga tak kurang hebat dari segi petua dan perawatan yang digunakan untuk ibu selepas bersalin. Malaysia amat kaya dengan hasil hutan seperti herba berubat yang sangat bermanfaat untuk wanita selepas bersalin. 

Contohnya jika orang korea minum sup Miyeok - Guk , kita pula ada minuman herba seperti Mas cotek , pegaga , kunyit yang amat berkhasiat untuk pengecutan rahim selepas melahirkan anak. Kalau cakap bab makan dan berpantang lagi panjang berjela la list nye. 

Bertungku menggunakan batu sungai , bertangas dengan daun / rempah tangas , mandi herba , berurut dan berbengkung adalah antara rawatan asas untuk ibu berpantang. Trust me kesegaran nya terasa lain sangat selepas buat semua ni. Rasa ringan badan, lebih bertenaga dan lebih sihat. Yang tak bersalin pun boleh buat 2-3 bulan sekali untuk maintain tubuh badan kita. Orang perempuan zaman ni , keje kuat.. dengan hal pejabat lagi.. so penting untuk tidak  mengabaikan penjagaan kepada diri sendiri juga ya. YOURSELF FIRST! BARULAH BOLEH JAGA FAMILY.. setuju tak ?



You May Also Like

0 comments