Menu Berpantang Delivery : Masakan berpantang
Khas untuk Ibu-Ibu yang bakal berpantang sekitar Shah Alam dan neighboring area boleh la intai-intai menu berpantang delivery dari Pudina Confinement & Diet.
Menu sihat dimasak mengikut piramid makanan yang disyorkan oleh pakar pemakanan. Ramai juga yang bertanya apa beza menu pantang dengan menu orang biasa makan? Kenapa perlu ada masakan khusus untuk ibu selepas bersalin?
Mengikut modern nutrition memang tiada istilah confinement food . Kebanyakkan pantang larang dan petua ini di perturunkan dari mulut ke mulut oleh nenek moyang kita cuma agak kurang catitan sahih yang boleh dijadikan sumber rujukan . Walaubagaimana pun , di dalam bahan bacaan ilmu perubatan cina dan ayurvedic makanan untuk ibu berpantang ini memang ada kupasan dan perbincangan secara terperinci.
Jika diteliti secara kasar confinement food ini sebenarnya tidak lari banyak dari mempromosikan menu sihat seperti menggalakkan pemakanan ulam kampung , kurang minyak ( atau menggunakan minyak yang sihat) , menggunakan herba dan rempah asli dalam masakan dan bukan perasa tiruan. Antara asas menu berpantang yang membezakan ia dengan makanan harian yang biasa ialah :
PROTIN
Mengutamakan pengambilan protin ( dari sumber yang tidak melanggar pantang dan mudah hadam ) untuk tujuan pembaikan luka dalaman dan pembinaan sel tisu baru. Bidan dahulu amat menggalakkan makan ikan segar , ayam kampung , telur ayam kampung , burung , daging batang pinang dan bukannya ikan masin atau ikan kering seperti yang dicanang.
Masyarakat cina misalnya sudah mula menjamah ayam / khinzir seawal selepas bersalin yang direbus bersama herba tertentu. Ayam pula menjadi satu taboo di kalangan masyarakat melayu.
SERAT - ULAM , BUAH , SAYUR , WHOLEGRAINS
Serat amat penting kepada ibu selepas melahirkan anak. Masalah sembelit dan sukar buang air besar adalah common dikalangan ibu berpantang. Pengambilan serat membantu menyelesaikan masalah ini. Belajar untuk makan ulaman kampung ketika berpantang. Ada ibu yang trauma nak ke tandas selepas bersalin. Jangan sehingga jadi begini!
REMPAH
Menurut bidan adalah penting untuk ibu mengekalkan tubuh badan mereka dalam keadaan hangat sepanjang tempoh berpantang supaya tidak dimasuki angin. Pengambilan herba tertentu seperti lada hitam , halia , bawang putih , rempah ratus seperti jintan memberi kehangatan kepada tubuh. Diet sebegini dikhuatiri oleh segelintir ibu yang bimbang akan bayi kuning atau kurang susu badan.
Perlu diberi ingatan, faktor utama pengeluaran susu badan adalah disebabkan hormon , ransangan dari bayi dan posisi yang betul. Faktor diet cuma bantuan sampingan. Dan hakikatnya herba seperti jintan sebenarnya membantu dalam memeriahkan pengeluaran susu badan.
Kerisauan tentang bayi kuning pula , pengambilan halia atau lada hitam di dalam masakan secara mimima bukan penyebab kepada jaundis. Berikut adalah komen dari o&g specialist dari laman web Dumex Singapore berkenaan neonatal jaundis :
Neonatal jaundice is caused by breakdown of red blood cells which leads to the production of bilirubin. Bilirubin deposition on the skin, eyes and mouth will cause it to have a yellow tinge. Up to 60% of newborns have jaundice and most of the time, it is due to the liver being too immature to handle the high levels of bilirubin. There is no known foods or drinks that will cause or worsen jaundice in babies - Dr. Claudine Tan
VITAMIN DAN MINERAL
Sumber vitamin dan mineral datang dari buah dan sayuran. Buah dikategorikan dalam makanan yang bersifat sejuk dan dikatakan pantang untuk diambil oleh ibu selepas bersalin. Walaupun begitu , ada juga bidan yang membenarkan pengambilan buah kering ( kurma, kismis , tin , pruns ) dan segar ( terhad pada beberapa jenis seperti epal , oren , anggur ). Bagi saya , pengambilan buah tidak perlu terlalu dihadkan. Buah-buahan seperti buah naga , pear cina dan yang disebutkan di atas tadi boleh diambil mengikut porsi yang disyorkan. Cuma buah tidak disejukkan di dalam peti ais dan beberapa jenis buah lain yang sememangnya diketahui perlu dipantang , ada baiknya untuk tidak disentuh.
Cukup setakat ini dulu , nanti kita sambung celoteh next post ya. Untuk ibu-ibu di area shah alam dan sekitar jika nak tempah untuk masakan berpantang boleh view menu berpantang delivery oleh Pudina Confinement and Diet.
0 comments