Cara buat rawatan penutup pantang di rumah
Salam semua , lama kakna tak mencoret panjang lebar di blog ni. Didoakan mommy, bonda , ibu, mama tak lupa juga cikpuan-cikpuan hopefully semua sihat dan ceria.
Kali ni kakna nak share tentang set DIY penutup pantang. Lately ramai yang pm bertanyakan rawatan penutup / pelepas pantang Pudina Confinement. Unfortunately , pakej penutup kami terhad pada kawasan tertentu sahaja jadi ada area yang kami tak cover. Sebab tu fikir punya fikir macam mana nak tolong customer.
Rawatan penutup pantang ni antaranya adalah bertujuan untuk mengembalikan seri ibu selepas sebulan berpantang. Wanita dalam pantang kan hilang darah banyak , keletihan sebab perlu menyusu dan menjaga newborn baby lagi.. tu belum alkisah yang berpantang sendirian. Muka pun jadi pucat lesi macam kak limah!
Petua bidan dahulu seeloknya ketika berpantang , paling kurang berurut lah untuk 3 kali di awal tempoh pantang dan berurut lagi di akhir waktu berpantang tamat untuk kesegaran tubuh.
Bezanya penutup pantang ialah biasanya bidan akan fokus kepada membetulkan rahim ibu yang telah kecut sepenuhnya dengan teknik sengkak.( Jika c-sect jangan disengkak ya , dan jika belum kecut juga dilarang ). Menaikkan seri wajah dengan urutan di muka dan urat gagah wanita. Mandi bunga serta bertangas wangi juga punya khasiat tersendiri untuk keremajaan tubuh ibu.
Yang belum kahwin pun , amat-amat digalakkan buat rawatan penutup ni cuma tak perlu la nak sengkak2. Bakal pengantin misalnya sebulan sebelum majlis nikah boleh buat sendiri di rumah dengan set DIY yang kakna nak cerita ni.
Ok, berbalik kepada cerita asal. Oleh kerana area kawasan yang kami cover ni agak limited , maka bila ada set DIY penutup pantang ni sekurang-kurangnya , ibu boleh buat beberapa rawatan sendiri di rumah sahaja. Berpantang kan cuti 2 bulan, please make time for yourself.
Set penutup pantang dari srisari herbs ni , ada 5 set kesemuanya. Agen lain tak jual kakna jer jual by set sebab bila saya buat rawatan penutup ada beberapa item ni yang saya gunakan. Penerangan lanjut tentang produk boleh tengok pada gambar di bawah ya.
Sangat-sangat digalakkan untuk ibu lakukan sendiri di rumah. Walaubagaimanapun , ibu masih perlukan bantuan daripada bidan / tukang urut untuk kemaskan kembali rahim dengan sengkak dan bertangas,
Boleh whatsapp ke 017-2238922 untuk sebarang pertanyaan lanjut atau nak order ya.
0 comments