Meroyan dan berpantang

by - Friday, April 14, 2017

Postpartum blues adalah lumrah dikalangan 50-80% ibu yang telah melahirkan anak, lebih-lebih lagi anak pertama.

Postpartum blues yang berterusan dan ditambah pula dengan faktor-faktor risiko yang lain, boleh mencetuskan postpartum depression dan postpartum psychosis yang masing-masing kadar peratusannya 10-15% dan <1% (Henshaw 2003). - Dr.Zul Azlin Razali

Menggerunkan bukan?

Apa simptom lain yang kebiasaannya ibu berpantang alami? Terutamanya jika si ibu berpantang dalam keadaan stress , keletihan , kepenatan , risau , tanpa bantuan ahli keluarga atau bayi kurang sihat. Membaca sepotong ayat ini sahaja sudah lelah dirasakan.

1. Sakit dan lenguh seluruh anggota badan
2. Pening kepala
3. Gangguan emosi
4. Merasakan diri sudah tidak menarik
5. Masalah penyusuan seperti susu kering , bengkak susu sehinggakan risau melarat jika bayi kelaparan.
6. Keletihan yang amat kerana terpaksa berulang ke klinik apabila bayi kuning
7. Masalah luka jahitan samada episiotomy atau c-sect.

Jika nak disenarikan kesemuanya , berjela panjang mungkin.

Saya yakin dan percaya , tempoh berpantang tidak perlu serumit dan sesukar ini. Dengan perancangan awal yang teratur dan setting minda yang betul , isu yang berkemungkinan terjadi boleh ibu-ibu lalui dengan tenang dan redha. Masalah tetap akan dihadapi cuma reaksi  dan preparation kita terhadap permasalahan itu bakal mengubah segalanya.

Apa persediaan yang boleh dilakukan untuk berpantang?

Pertama : Cari bidan mengurut seawal yang mungkin , paling kurang 2-3 bulan sebelum melahirkan bayi. Bagi kelahiran pertama mungkin banyak persoalan bermain di minda, jadi bila ada somebody yang boleh dirujuk ia memberi sedikit ketenangan. Kadang tak tahu nak tanya siapa bila ada problem ketika berpantang. Jururawat yang buat home visit pun sibuk terkejar-kejar nak sudahkan home visit dia , mana ada masa nak sembang lama-lama dengar problem kita. Klinik kesihatan lagi la pack , jadi bila ada bidan ke rumah, ringan kan mulut berbual dan bertanya.  Bila dah mula rawatan berpantang , berpantang lah dengan betul dan sabar… jangan culas!

Kedua : Join antenatal class yang dianjurkan oleh hospital. Serendah RM 40 untuk pasangan ibu dan ayah. Boleh google dan hadirkan diri ke kelas-kelas seperti ini. Terutama  1st time parents. Keyakinan datang bila kita berilmu.

Ketiga : Bersedia untuk positifkan minda dalam apa jua keadaan yang dihadapi ketika berpantang. Dari cabaran mak mertua , mak sendiri , suami , anak-anak yang lain dan sebagainya. Ya bersedia hadapi apa saja kemungkinan dan cuba pandang dari sudut yang baik.

Keempat : Zikrullah sentiasa bagi yang muslim. Bila rasa nak emo , bila rasa nak mengamuk , bila rasa letih , bila rasa nak sentap… zikrullah.

Kelima : Jaga makan dan minum. Pastikan berkhasiat dan teratur. Jika ada baki prenatal supplement masih boleh ambil ketika berpantang.


Cukuplah 5 dulu..  next time kita kongsi lagi ya mommy.


You May Also Like

0 comments