Q&A selepas tempoh bersalin yang perlu ibu tanyakan kepada perawat

by - Wednesday, November 11, 2015

Kebanyakkan ibu selepas melahirkan anak terutamanya pada zaman kini, mengharapkan 100% perawatan daripada bidan dan terapis perbidanan untuk membaik pulih kesihatan mereka. 

Bergantung kepada pakej yang diambil, kebiasaanya minimum 3 hari sehingga 30 hari, (akan tetapi amat sedikit yang sanggup untuk melaburkan wang ringgit yang banyak untuk mengambil pakej lengkap sehingga sebulan sementelah harga rawatan berpantang agak tinggi). Namun setelah rawatan selesai, amalan tersebut terus sahaja diabaikan. Seboleh nya, jangan begitu. Setelah rawatan daripada bidan / terapis tamat, ibu masih perlu meneruskan amalan berpantang secara rutin sehingga tamat tempoh 40 hari. Ambil peluang untuk belajar dan bertanya cara mengendalikan setiap rawatan berpantang ketika bidan/terapis datang ke rumah agar kelak dapat dilakukan sendiri.

Di sini kakna sertakan sedikit tips yang perlu ibu ambil perhatian dan minta tunjuk ajar bidan/ terapis ketika mereka bertandang ke rumah. Juga, semasa lawatan jururawat ke rumah tanyakan soalan2 berikut kepada mereka: Kongsikan isu yang ibu hadapi semasa temujanji bersama doktor.


Bengkak susu dan cara memperbanyakkan susu.
1) Urutan untuk elak bengkak susu dan perbanyakkan susu. Ketika bidan mengurut payudara perhatikan teknik yang dilakukan. Tanya bidan jika terdapat cara mengelak dan bagaimana untuk bertuam jika bengkak susu terjadi. Hal ini kerana bengkak susu adalah "common problem' yang akan dialami oleh ibu selepas bersalin.

Nasihat pemakanan
2) Minta nasihat pemakanan daripada doktor/jururawat. Jamu? Ubat periuk ? Shaklee? Prenatal/postnatal supplement? Boleh ke minum air banyak?. Bila masa yang sesuai untuk mengambil jamu? minum air herba seperti kunyit , manjakani dan sebagainya?. Ubatan herba traditional ini sememangnya mujarab untuk mengembalikan mahkota dan aset ibu namun jika salah "timing" boleh membawa mudarat. Faktor kekurangan nutrisi juga boleh mengakibatkan ibu keletihan, luka jahitan lambat pulih, susu badan berkurang dan lain-lain.  So, ringankan mulut untuk bertanya. 

Luka jahitan ( c-section atau episiotomy)
3) Tanyakan pada jururawat jika terdapat sebarang kemusyikilan tentang luka jahitan samada caeser atau episiotomy. Tanyakan juga amalan atau aktiviti yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan luka jahitan rapat dan sembuh mahupun aktiviti yang perlu dielakkan. Disini kakna kongsikan serba sedikit:

Tips supaya luka cepat sembuh:
  • Pastikan seluar dalam sentiasa kering. Tukar dengan kerap tampon. Sesekali biarkan bahagian sulit terdedah kepada udara ( baring diatas katil tanpa seluar dalam dan hanya cover dengan kain tuala atau batik). Juga boleh amalkan bertangas kering selepas hari ke 7 bersalin.
  • Cuci bahagian sulit dengan air suam selepas buang air besar/kecil. Kemudian keringkan. Secara traditional pula, rebus ramuan untuk bertangas basah dan gunakan sebagai cebuk. Atau rebus daun sireh dan gunakan air rebusan tadi sebagai cebuk untuk mencuci. Juga boleh gunakan air suam + garam bukit sebagai cucian.
  • Jika menghadapi sembelit yang menyebabkan luka sedikit sakit akibat perlu meneran, consider untuk ambil laxative atas nasihat doktor. 
  • Berbincang dengan suami atas urusan suami isteri. Ibu mungkin akan berasa sakit apabila bersama jika luka masih belum sembuh sepenuhnya. Dont rush!
  • Berjalan atau lakukan aktiviti secara berlemah lembut dan tidak terlalu agresif.
  • Lakukan senaman kegel atau pelvic floor exersize membantu meningkatkan pengaliran darah ke kawasan luka untuk penyembuhan lebih cepat. Ibu boleh tanyakan caranya kepada jururawat yang melawat jika kurang pasti cara melakukannya. 

Simptoms postnatal yang ibu perlu beri perhatian dan rujuk pada doktor pakar dengan segera. Ketika melawat doktor untuk pemeriksaan follow-up tanyakan soalan berikut kepada mereka jika berkenaan:

  • Pendarahan ketika berpantang. Jika pad yang dipakai soaks more than one pad per hour, berkemungkinan darah keluar secara berlebihan. 
  • Sakit kepala yang kerap dan teruk diikuti mata menjadi rabun / penglihatan kurang jelas. ( terutama jika ibu ambil epidural)
  • Bacaan tekanan darah yang tinggi. ( Kebiasaanya jururawat home care akan memeriksa dan memaklumkan sebarang abnormality)
  • Sesak/ sukar  bernafas dan muscle cramp di bahagian dada
  • Demam panas (>38 degree celcius)
  • Bauan yang busuk, sakit seperti mencucuk, bengkak di bahagian perineum/faraj diikuti air kencing yang berbau. Mungkin terdapat jangkitan.
  • Tombong 
  • Terkucil sebelum sempat ke tandas. Tidak mampu menahan rasa ingin buang air kecil.
  • Bahagian perut terlalu lembik apabila dipegang. 
  • Rasa murung dan hilang mood walaupun setelah 2 minggu kelahiran. Sign of depression.
Sehingga ini dulu, semoga bermanfaat. Jangan lupa borak2 mesra dengan kak bidan dan misi yang datang melawat ke rumah!. Banyak ilmu boleh dapat dengan diorng.






You May Also Like

0 comments