Cara mengatasi varicose vein atau simpul biawak
Bila blog walking adalah dapat input baru dari terapis2 berpengalaman. Yang ini kakna ambil dari facebook " urutan terapi Qun".
Kakna suka berkongsi tips yang mudah diamalkan dan tidak terlalu sukar untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan. Jom tambah ilmu!
================================================================================
Dipetik dari Facebook : urutan terapi Qun
Ramai terutamanya wanita mengalami Varicose veins. Untuk usaha merawat, terapis alternatif mencadangkan senaman, berbekam serta penggunaan herba. Jadi ramai tertanya herba apa? untuk makan atau sapu? Memang banyak herba dan kaedah menggunakan, tetapi saya berikan salah satu tip yang mudah di dapati di dapur.
Selain berbekam, anda perlu juga membuat minyak sapu sendiri untuk mengurang atau menghapuskan Varicose veins.
Bahan-bahan:
- 5 ulas bawang putih di hiris atau ketuk (untuk meningkatkan kualiti peredaran protein ke bahagian bawah tubuh badan)
- 3 oren (dalam bentuk jus)
- 2 sudu besar minyak zaitun
Penyediaan:
- Masukkan semua dalam balang kaca tertutup dan menyimpan campuran tersebut selama 12 jam sebelum menggunakannya.
- Selepas tu goncang sebelum menyapu ke bahagian yang terjejas (Varicose veins) dengan urutan berputar.
- Kemudian balut/bandage dengan kain panas di atas kawasan yang terjejas untuk menyerap haba ke bawah lapisan kulit. Ulangi rawatan setiap malam dengan mengunakan minyak yang sama.
Mudah bukan? Berselawatlah setiap kali mengurut kawasan terbabit. Kita hanya berusaha melalui pelbagai kaedah samada secara medikal atau traditional. Allah jua yang menyembuhnya.
0 comments