Berpantang secara tradisi

by - Tuesday, June 30, 2015

Salam is peace...


Hi semua, hari ini kakna nak sembang sket tentang khazanah perubatan melayu traditional khususnya berkenaan amalan berpantang secara traditional. Actually, sebelum pergi kelas pengurusan ibu berpantang di Palmarosa post natal care ( kat shah alam centre die) adalah serba sedikit info dalam kepala tapi mostly related kepada modern approach la ( since saya adalah seorang Dietitian). Surprisingly, ilmu berpantang secara traditional melayu ni jauh lebih menarik dan mendalam and confirm tak ramai yang tahu. Sedihnya, kalau yang namanye Melayu tak tahu, siapa lagi yang nak mengetengahkan ilmu perawatan ini. A big kudos to Pn.Mazidah Ghazali for the knowledge and effort to organize such classes.

Ok secara ringkasnya nak diceritakan, penjagaan ibu berpantang sangat dititikberatkan oleh bidan melayu dulu. Menurut mereka, punca penyakit especially yang bersangkut paut dengan kewanitaan , bermula ketika wanita hamil tak berpantang dengan betul. Its may sound not so medical , as the statement is much more general, but somehow i could'nt disagree. Why?

Ok. 1st proses kehamilan itu sendiri mengundang banyak perubahan dalam diri seorang wanita. Dengan hormon yang turun naik, perubahan fizikal tubuh badan, bukan setakat fizikal tapi juga dalaman iaitu perkembangan yang berlaku di dalam uterus. Rasa loya, pening kepala, sembelit, kurang darah , buasir, kekejangan, sengal sendi dan tulang, urat bengkak, masalah gusi dan sebagainya.  Its totally normal, dan ia alami. Proses kelahiran bayi pula merupakan satu lagi fasa mencabar dan asing yet memorable terutama bagi new mother yang perlu ditempuh setelah 9 bulan. Tubuh badan ibu cukup bijak untuk kembali ke keadaan asal setelah mengalami perubahan drastik ekoran kehamilan. Tetapi sangat ramai ibu di luar sana bersungut tentang isu-isu kesihatan pasca kelahiran bayi mereka. Ibu berpantang jika nak kembali seperti dara perlu berpantang mengikut cara nenek moyang kita dahulu.    

Antaranya amalan berpantang yang dipraktikkan masyarakat melayu dahulu antaranya berurut , bertungku, bertangas, berdiang , bertasak ( amalan minum ubat periuk), mandi herba , lulur badan, dan mandi bunga. Diet juga satu kriteria yang sangat2 penting. perawatan orang dulu kala  memang mencakupi skop yang luas. pendek kata cover semua aspek untuk ibu kembali sihat. Mungkin ade lagi yang tertinggal tapi secara asasnya ini adalah yang biasa di amalkan. Tempoh amalan adalah sepanjang berpantang, dan juga boleh diteruskan selepas pantang untuk kesegaran tubuh badan.

Di artikel akan datang, insyallah akan saya kongsikan amalan2 ini secara lebih terperinci. Amalan ini digabung jalinkan dengan modern praktis mudah jer nak buat. Contoh mandi bunga/herba kalau susah nak cari bahan mentah boleh guna pati bunga / uncang herba ready made. Bertungku misalnya susah nak cari batu sungai dah ade macam2 tuam instant di jual. Tapi lebih afdal jika dilakukan mengikut cara yang asal. 

Ok reader sampai sini dulu. Akan menyusul dengan artikel seterusnya. Jangan lupa like FB page kami yer and follow instagram !




You May Also Like

0 comments