Tips memilih dan booking pakej berpantang

by - Saturday, January 16, 2016

Tips memilih dan booking pakej berpantang

Tips ringkas ya!

1. Mula survey pakej berpantang di google, instagram, facebook atau dapatkan rekomendasi dari kawan-kawan / staff nurse hospital. Boleh start survey seawal usia kandungan masuk 2nd trimester , 6 bulan ke atas. 

2. Tetapkan keperluan pakej anda. Samada ingin rawatan untuk ibu sahaja, ibu dan bayi atau pakej lengkap.

  • Pakej lengkap biasanya merangkumi ( Pakej rawatan berpantang untuk ibu + bayi + masakan berpantang + membasuh baju / mengemas rumah + pakej penutup pantang ). Pakej ini biasanya dilakukan oleh confinement lady. Tukang urut biasanya tak buat kerja-kerja membasuh dan mengemas. 
  • Pakej semi-lengkap ( Pakej rawatan ibu + bayi + penutup pantang ). Untuk ibu yang melahirkan anak secara pembedahan digalakkan mengambil pakej rawatan bayi memandangkan ibu mungkin berasa kurang selesa dan sakit untuk mengangkat dan memandikan bayi. Rawatan bayi cukuplah diambil sekadar untuk 3-7 hari sahaja sementara ibu mendapatkan kecergasannya kembali. Ibu dan ayah amat digalakkan untuk mencipta bonding yang erat bersama bayi di awal kelahiran dengan melakukan sendiri mandian, urutan dan sebagainya. Sentuhan akan lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan. 
  • Pakej asas RECOMMENDED ( Pakej rawatan ibu + penutup pantang). Rawatan ibu adalah asas kepada pakej berpantang sekurang-kurangnya untuk 3 hari + 1 hari penutup.
Sesetengah provider pakej berpantang merangkumkan kesemua rawatan dalam satu pakej dan harga. Ada juga yang menawarkannya secara berasingan dan boleh add on.

3. Minta quotation / sebut harga. Kebiasaanya harga pakej yang dipamerkan belum termasuk kos pengankutan. Antara perkara yang perlu dikenal pasti ialah tempoh masa rawatan, adakah bahan-bahan berpantang termasuk di dalam harga pakej, apakah barang2 tambahan yang perlu pelanggan sediakan jika ada dan cara pembayaran dan booking. Ibu juga boleh bertanya jika ada back up bidan/ terapis sekiranya kecemasan berlaku dan bidan yang asal tidak dapat bertugas. Ini mengelakkan ibu terpaksa mencari bidan/terapis lain di saat akhir.

4. Berbincang dengan suami tentang budget dan kos yang terlibat. 

5. Booking pakej berpantang pilihan ibu sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh EDD adalah waktu yang terbaik untuk mengelakkan booking rejection. 

That's all. Selamat berpantang








You May Also Like

0 comments