Bertangas , yoni steaming , vaginal steaming

by - Saturday, November 19, 2016


Bukan sahaja masyarakat melayu nusantara yang mengamalkan bertangas. Amalan ini juga dipercayai berasal dari America sentral. Masyarakat Mayan kuno juga sudah lama mempraktiskan. Di daerah lain contohnya di sepanyol ia dipanggil bajos , nama lain adalah yoni steaming atau vaginal steaming. 

Ramuan nya boleh jadi berbeza mengikut herba tempatan yang mudah diperoleh di kawasan terbabit.
Di nusantara melayu kita sahaja bertangas ini ada pelbagai cara dan ramuan. Contohnya Tangas wangi atau Ukup wangi yang menggunakan air mawar, bunga rose , daun pandan , bunga melur dan lain-lain. Tangas basah pula berbeza ramuan dengan menggunakan daun herba , kunyit , halia , asam jawa , habbatus sauda , limau purut , garam bukit dan sebagainya. Ada juga ramuan tangas yang hanya menggunakan daun sahaja seperti ramuan mandi tersat. Tangas kering pula menggunakan elemen asap iaitu batu sungai dipanaskan dan ramuan diletak di atas batu hingga mengeluarkan asap.

Di negara barat pula , kerana faktor geografi, herba yang digunakan berbeza. Herba yang mudah didapati di sana dan bersifat aromatik , therapeutik , menghasilkan essential oil boleh digunakan. Antara yang popular ialah oregano ,basil , rosemary , thyme , lavender , motherwort dan lain-lain. Samada ia dipetik segar atau telah dikeringkan. Herba2 ini sekarang agak mudah juga didapati ni negara kita.

Berikut merupakan beberapa point penting yang mungkin boleh dipelajari:

Menurut Dr.Arvigo seperti dalam video di atas ,sebarang indikasi seperti pendarahan , demam , keadaan tidak sihat , tidak boleh dan tidak sesuai memulakan rawatan bertangas. 

  • Bertangas selamat dilakukan selepas 9 hari postconception manakala untuk kelahiran secara pembedahan boleh bertangas selepas 6-8 minggu, Untuk keguguran juga amat digalakkan untuk bertangas. (Wap terus ke bahagian vagina)
  • Wanita yang menjalani pembedahan buang rahim atau hysterectomy juga boleh mengamalkan tangas tetapi tujuan nya bukan untuk membersihkan kotoran darah pada rahim tetapi lebih kepada " comforting and warming". Rasa nyilu , tidak selesa pada parut luka dalaman boleh dikurangkan. Bertangas juga menggalakkan pembaikan tisu yang rosak dengan cara melancarkan peredaraan darah di sekitar bahagian vagina apabila diwapkan. Dapatkan khidmat nasihat doktor tentang keadaan luka jahitan dan dalaman sebelum mengamalkan. 
  • Menurut Dr.Arvigo juga , mereka yang mengalami masalah menstrual cramp, fibroid juga digalakkan untuk bertangas tetapi di bawah pemerhatian pengamal perubatan. Mereka yang menghadapi fibroid berkemungkinan mengalami heavy menstrual dan hal ini perlu di selia.
  • Wanita yang sudah menopause juga digalakkan menjalankan rawatan tangas beberapa kali pada tahun pertama mereka putus haid. Hal ini bertujuan untuk membersihkan secara keseluruhan saki baki darah / clots yang tertinggal.
  • Wanita yang mengambil rawatan IUD tidak boleh bertangas selagi alat itu masih di dalam tubuh.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat!



You May Also Like

0 comments