Bertangas membantu selesaikan masalah wanita
Amalan bertangas mengatasi masalah wanita
Kebanyakan wanita even rakan-rakan saya mengalami sakit ni every month. Mana ada penyakit yang datang tiap-tiap bulan. Demam selsema pun berjangkit ikut musim. Tapi kasihan , sesetengah orang perempuan ni cukup bulan jer mesti suffer bila datang period.
Ada yang panggil senggugut, menstrual cramps atau bahasa medical nya dysmenorrhea. Level kesakitannya tu pulak berbeza-beza ada yang teruk ada yang sederhana ada yang mild. Setiap bulan kene simpan supply pain killer untuk relieve rasa sakit tu. Berapa banyak ubat nak telan sampai akhir hayat ke?
Ini memang dilema untuk kebanyakkan wanita. So kakna nak share disini antara rawatan traditional yang diperturunkan ilmunya oleh nenek moyang berzaman dari perspektif masyarakat luar. Orang barat pun dah mengiktiraf kaedah bertangas ni tau.
Ikhtiar ini insyaallah berkesan dan tidak mempunyai kesan sampingan berbahaya jika dibandingkan dengan ubat tahan sakit. Penyakit yang Allah jadikan, penawar juga diberikan, cuma kita kene rajin mengkaji dan mencuba kaedah rawatan yang pelbagai.
Bertangas adalah perawatan yang biasa diamalkan oleh bidan kampung dahulu untuk ibu selepas bersalin. Bukan sahaja di nusantara melayu , di pelusuk dunia lainnya juga bertangas sudah lama wujud, cuma namanya saja yang berbeza. Sebagai contoh di dalam bahasa sanskrit kuno , bertangas dikenali dengan nama " yoni steaming". Di barat amalan bertangas semakin mendapat perhatian even dikalangan selebriti seperti Gwyneth Paltrow. Masyarakat Mayan purba di amerika tengah juga turut mengamalkan "bajo" @ bertangas untuk menjaga kerapian rahim / peranakan & kecantikan wanita.
Ok untuk full review tentang tangas oleh penulis Sierra Brashear ni boleh klik untuk ke website mindbodygreen di sini.
Kakna kongsi kan sedikit khasiat bertangas yang tidak hanya terhad untuk rawatan berpantang yang dikongsi dalam artikel beliau:
Antara khasiat bertangas:
- Berkesan mereda dan mengurangkan ketidakselesaan dan kembung perut yang berkait dengan datangnya haid.
- Mengurangkan "heavy menses"
- Menstabilkan kitaran haid menjadi normal
- Mempercepatkan pemulihan luka dan mengecutkan rahim selepas bersalin
- Mencegah berlakunya tombong atau buasir
- Mengubati jangkitan yis/ fungi pada alat sulit yang menyebabkan bau kurang enak
- Meredakan simptom menopause
Cara mudah bertangas basah:
Step 1
Dengan uncang srisari herbs ni mudah jer nak bertangas di rumah. Hanya perlu rebus uncang tangas ni dalam periuk berisi air. Dalam periuk nasi pon boleh.
Step 2
Letakkan periuk di bawah kerusi yang berlubang agar wap yang terhasil boleh dirasai. Tanggalkan pakaian dari aras pinggang ke bawah dan duduk bertenang di atas kerusi tadi. Baluti keseluruhan tubuh dengan selimut atau kain batik lepas supaya wap tangas tadi tidak terbebas keluar.
Step 3
Ketika duduk lakukan senaman kegel untuk menguatkan otot di bahagian perananakan. Bertangas lebih kurang 15 - 20 minit. Pastikan suhu tidak terlalu panas untuk mengelakkan burns sensation.
Untuk wanita yang sudah berkahwin digalakkan bertangas di penghujung waktu period manakala anak dara pula sebelum waktu kedatangan haid. Wanita yang sudah menopause juga mendapat manfaat dari bertangas kerana faktor kekeringan akibat penurunan mendadak estrogen , bertangas basah amat sesuai untuk memberi kelembapan. Bagi mereka yang mengalamai masalah keputihan berlebihan, tangas kering dengan ramuan seperti manjakani, kunyit, jintan hitam (habatussauda), garam bukit, perahan limau nipis dan daun mengkudu insyaallah mujarab. Ukup wangi pula memberi bauan harum dan menghindarkan bau kurang enak pada alat sulit.
Bagaimana bertangas membantu?
Menurut Dr.Arvigo seorang doktor naturopati , tisu vagina bersifat poros dan mudah menyerap. Wap panas ketika bertangas membuka liang roma pada struktur berkenaan. Apabila herba dan rempah ratus tangas di rendam di dalam air mendidih (tangas basah) atau diletakkan di atas batu panas (tangas kering) , khasiat perubatan ramuan ini dibebaskan dan diserap oleh lapisan kulit seterusnya oleh kapilari darah sekitar vagina sehinggalah ke dalam uterus/rahim.
Wap berubat ini melancarkan peredaran darah, menipiskan lapisan mukus (keputihan) dan mempunyai kesan antiseptik untuk merencatkan pembiakan yis/bakteria. Kebaikan tangas ini terletak pada ramuan herba yang digunakan semasa rawatan.
Infact ramuan seperti kunyit ( turmeric / curcumin) diakui secara saintifik mempunyai banyak nilai terapeutik oleh penyelidik luar dan dalam negara. Habbatus sauda sendiri dari sudut perubatan islam diakui zatnya. Kebanyakan bahan yang digunakan untuk bertangas bersifat antiseptik di samping khasiat lain yang tersendiri.
Bertangas adalah amalan nenek moyang yang diperakui keberkesanannya sejak turun temurun. Nak lebih yakin cuba tanyakan testimoni akak-akak , makcik -makcik yang memang sejak muda suka bertangas... pastu share dengan kakna k..
Rempah ratus tangas : 6 Uncang RM 15 , 20 uncang RM 42 |
0 comments