Cara melegakan bengkak kaki dan varicose vein dengan garam bukit dan halia

by - Thursday, September 10, 2015

Srisari herbs rose aura bath salt 

Srisari herbs Lavender aura bath salt

Srisari herbs : Mandian garam ROSE , LAVENDER & JASMINE (500 gm)

Melegakan bengkak kaki dan varicose vein dengan garam bukit

X perlu write up panjang lebar pun ramai dah tahu kebaikan mandi garam. Tapi kali ni nak bagi tips extra tentang kebaikan garam bukit. 

Garam bukit/laut mengandungi magnesium sulfate yang mana subtance inilah yang memberi efek antiseptik dan pain relief. Ia juga mengandungi bromine yang mempunyai ciri-ciri sedatif untuk menenangkan ketegangan otot dan saraf.

Tempoh hari semasa menyertai event kesihatan di Klang, ade la sorang auntie chinese ni datang nak buat pemeriksaan kesihatan. Biasalah makcik-makcik ni suka berkongsi buah fikiran , maka berceritalah beliau perihal kaki nya yang bermasalah. Dek kerana concern dan prihatin, kita pun periksa la kaki dia, memang urat-urat ijo ko timbul! dan kakinya agak sedikit bengkak atau dalam istilah medical auntie ni ada masalah water retention and varicose vein.

Belum dan kita nak bagi solusi , auntie ni dah menyekolahkan kita pulak. Jangan pandang mudah dan tolak mentah-mentah petua orang lama. So antara amalan yang dia praktiskan untuk melegakan bengkak kaki nya itu adalah.. rendam kaki dalam larutan garam bukit/laut + air rebusan halia.
(Hirisan halia tu pun campur sekali dalam air rendaman tu) . Suhu air dibiarkan sedikit suam. Rendam kaki untuk lebih kurang 10-15 minit. 

So tips auntie diatas boleh juga diamalkan oleh ibu hamil yang mengalami masalah bengkak kaki atau mereka yang mengalami varicose vein. 

some other ways include:
  • Berjalan perlahan ( Graviti menarik air ke bahagian bawah badan dan terkumpul di kaki jika anda statik, pergerakan pada kaki membantu pumping of fluid from your leg to upper part of your body. So lets move)
  • Keep your feet up a bit . ala-ala macam CEO silang kaki letak atas meja tu. 
Simple practice for your comfort. 


You May Also Like

0 comments